Dasar Privasi
Untuk halaman pendaftaran Bengkel Halal Ready: Edisi Online · Dikemas kini 29 September 2026
Ringkasnya. Apa yang anda isi dalam borang digunakan untuk menghantar pautan bengkel ke WhatsApp anda dan memahami keadaan bisnes anda. Kami tidak menjualnya dan tidak berkongsinya untuk pengiklanan pihak lain. Halaman ini memuatkan Meta Pixel kerana kami mengiklan di Facebook dan Instagram.
Siapa kami
Halaman ini dikendalikan oleh Lonjak Ventures PLT (202604001017, LLP0046248-LGN), Level 2, Tower 3 Avenue 7, Horizon 2, Bangsar South City, 59200 Kuala Lumpur. NakHalal ialah jenama perkhidmatan kami.
Apa yang kami kumpul
- Yang anda isi: nama penuh, nombor WhatsApp, nama bisnes, sama ada ini permohonan pertama atau pembaharuan, dan bulan sijil semasa tamat (jika pembaharuan).
- Analitis kami sendiri: halaman yang dilihat, butang yang diklik, laman rujukan, jenis peranti dan negara. Tanpa kuki, dan alamat IP anda tidak disimpan.
- Meta Pixel: memberitahu Meta bahawa halaman ini dilawati dan, jika anda mendaftar, bahawa satu pendaftaran berlaku. Ia tidak menghantar nama, nombor atau apa-apa yang anda isi. Pixel menggunakan kuki, dan Meta boleh mengaitkan lawatan ini dengan akaun Facebook atau Instagram anda. Ini tertakluk kepada dasar privasi Meta.
Kenapa
- Menghantar pautan Google Meet, tarikh dan masa bengkel ke WhatsApp anda, dan peringatan sebelum bengkel
- Memahami keadaan bisnes anda — status sijil dan bulan tamat membantu kami tahu bantuan jenis mana yang sesuai
- Memberitahu anda tentang perkhidmatan NakHalal yang berkaitan
- Mengukur iklan kami, dan menambah baik halaman ini
Kami memproses maklumat ini berdasarkan kebenaran yang anda beri semasa mendaftar.
Dengan siapa ia dikongsi
- Vercel — hosting halaman ini
- Neon — pangkalan data tempat pendaftaran disimpan
- Meta — WhatsApp, untuk menghantar mesej pengesahan ke nombor anda, dan Meta Pixel seperti di atas
Sebahagian penyedia ini memproses data di luar Malaysia. Kami tidak berkongsi maklumat anda dengan JAKIM atau mana-mana pihak berkuasa halal.
Berapa lama kami simpan
Sehingga 24 bulan selepas hubungan terakhir dengan anda, kemudian dipadam. Anda boleh minta kami padam lebih awal.
Hak anda
Di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010, anda boleh minta akses, pembetulan atau pemadaman maklumat anda, dan minta kami berhenti menghubungi anda. Balas sahaja mesej WhatsApp kami, atau e-mel admin@lonjak.com.my. Anda tidak perlu beri sebab.